SHAH ALAM: Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan tuduhan yang diputar belit ketika Pilihan Raya Negeri sebelum ini.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Saifuddin Shafi Muhammad berkata taktik itu adalah cubaan terdesak pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu yang amat mudah dibaca jalan cerita dan skripnya.
"Saya telah meneliti hantaran di laman Facebook berkaitan laporan polis yang dibuat oleh Badrulhisham Shahrin, atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, yang mendakwa Datuk Seri Amirudin Shari telah meluluskan tanah kepada syarikat beliau sendiri.
"Dakwaan beliau kononnya disokong dengan dokumen di mana Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan 100.04 ekar tanah di Dengkil kepada Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd," menurutnya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.
Beliau berkata Pejabat Menteri Besar Selangor terbuka dan sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membersihkan nama Amirudin berhubung dakwaan itu.
"Dengan beberapa fakta salah dan tersasar yang dikenal pasti melalui hantaran beliau terdahulu, kami dengan segala hormatnya mengalu-alukan beliau untuk menyertai kelompok individu yang akan disaman sebagaimana yang sedang dihadapi oleh seorang kenamaan di negeri utara tanah air pada masa ini berikutan kedangkalan fakta dalam melancarkan serangan politik murahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. - Gambar fail/BERNAMA
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t